Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.
Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau
Tumbuhan renek berbunga putih ini mempunyai khasiat yang tinggi dalam mengubati cirit-birit dan berak berdarah. Daunya yang tua ditumbuk dengan kunyit hidup kemudian dicampurkan dengan air kemudian diminum. Kaedah yang sama juga dapat diaplikasikan jikalau wanita yang mengalami pengaliran darah haid yang tak kering-kering.
Untuk mengubati keputihan, rebuskan dua ranting daun senduduk putih dengan dicampurkan sedikit gula, halia dan daun bonglai. Bila mendidih, biarkan ia sejuk kemudian minumlah pada setiap pagi mahupun malam.
sakit gigi pula, akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan tu juga boleh digunakan sebagai mandian dengan tujuan melembutkan kaki dan membuang angin dalam tubuh badan.
AMARAN:ini hanyalah sekadar petua tradisional anda diminta merujuk pada yang pakar harap maklum hahahha mcm iklan dari jabatan kesihatan malaysia plak...
11 comments:
Neighbour josh baru je dua minggu lepas bagi josh sepasu senduduk putih ni. Dengar citer daun senduduk putih ni boleh dikeringkan, dan dijadikan teh, boleh ubat resdung. Josh nak cuba.
josh kalau ubat resdung cuba ambil kulit pokok putat bakar dan asapkan kat hidung....pokot putat tu pernah nazz siarkan dalan blog dulu
hmmmm......
apa yang hmmmm tu akak ooiiiii
ye ke? mana nak dapat?? tak pernah pun jumpe pokok putat bakar tu kat area rumah Josh.
yerrr dia selalunya tumbuh kat area sawah padi maybe area hulu2 selangor ada kot
Dijadikan hiasan juga rancak
ada tokoh mcm pegawai pertanian...
boleh guna untuk buang angin ek? kira pas minum air rebusan akan terkentut kentut secara rima atau hanya dengan satu das letusan yang kuat? hahahaha...
So beautiful flowers!!!!
Kalau akar senduduk putih ni dicampur dengan sireh air dan maman pasir digunakan untuk mandi wap boleh menghilangkan toksid dalam badan
Post a Comment